Saturday, September 11, 2010

Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)-Kumpulan Muzik Ambilan November 2008

Saya rasa kagum dengan semangat kental dan kesungguhan guru-guru (kumpulan PGSR Muzik Ambilan November 2008) yang sanggup berkorban apa-apa sahaja demi menuntut ilmu. Anda semua memang dilahirkan sebagai pendidik. Tetapi sebagai pencinta bahasa ingin saya berpesan; bahasa Melayu itu indah, bahasa Melayu itu darah daging kita dan hakikatnya itulah identiti kita...doa saya moga semua dapat gred A yang sebenar-benarnya A dalam BMM3117.