Sunday, August 29, 2010

SIRI 2: Contoh Minit Mesyuarat

Mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Bil 5/2010

Tarikh : 2 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kamar Ratna
Kehadiran : Rujuk lampiran 1
Agenda : Rujuk lampiran 2

1.0 Ucapan pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

Minit mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu Bil 4/2010 dicadang untuk disahkan oleh En. Abdullah Ramli bin Sanusi dan disokong oleh Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh.

3.0 Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lepas

3.1 Pn. Hjh Idawati binti Moin memaklumkan bahawa beliau telah mengecap “BATAL” pada dua dokumen yang berkenaan.

3.2 Kemusykilan berkaitan gaji bagi DG44 boleh dirujuk kepada Pn Shafera Lisa bt Otoh manakala bagi DG48 pula dirujuk kepada Pn Muhayah binti Mohd Jais.

3.3 Laman sesawang jabatan masih dalam proses kemas kini.

3.4 Secara dasarnya, Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) hanya mentadbir peperiksaan dan memproses markah sahaja. Manakala urusan-urusan lain seperti penggubalan dan pemurnian soalan adalah bawah tanggung jawab jabatan masing-masing.

4.0 Agihan waktu mengajar sepenuh masa semester 2/2010

4.1 Cadangan jumlah jam mengajar sepenuh masa semester 2/2010 yang terkini bagi pensyarah-pensyarah JPM adalah seperti berikut:

Tn. Hj Ahmad bin Abu : 4 jam
Tn. Hj Zaid bin Ali : 11 jam (1 jam ISL)
Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh : 12 jam
Dr. Hussin bin Sarif : 14 jam (2 jam ISL)
En. Ibrahim bin Yusof : 12 jam
En. A.Latif bin Abdullah : 8 jam
En. Ismail bin Jaafar : 8 jam
Pn. Maimunah binti Ahmad : 11 jam
Pn. Hjh Idawati binti Moin : 12 jam
En. Abd. Ramli bin Sanusi : 12 jam
Pn. Rabahyah binti Tahir : 10 jam

4.2 Baki 14 jam masa mengajar masih belum dapat dipastikan tenaga pengajarnya kerana jadual waktu bagi subjek tersebut masih belum dikeluarkan. Walau bagaimanapun semua ahli mesyuarat bersetuju untuk membantu mengajar subjek berkenaan jika ada kesesuaian dari segi jadual waktu pengajarannya.

4.3 Pensyarah-pensyarah JPM tidak terlibat dengan kegiatan persatuan (GERKO) kerana JPM tidak bertanggungjawab dengan sebarang opsyen. Pensyarah-pensyarah yang menjadi penasihat Unit Beruniform juga akan dirombak semula kerana Unit GERKO sudah mempunyai Jurulatih GERKO yang mengendalikan Unit Beruniform.

5.0 Malam Apresiasi Puisi

5.1 Perbincangan tentang pelaksanaan Malam Apresiasi Puisi berdasarkan kertas cadangan yang telah diedarkan.

5.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk memberikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan Malam Apresiasi Puisi.


6.0 Hal-hal lain

6.1 Soft copy Rancangan Semester yang sudah siap dan disahkan oleh Ketua Jabatan perlu dimasukkan ke dalam desktop JPM dan CD Rancangan Semester 2/2010.
Tindakan : Pensyarah berkenaan

6.2 Fasilitator Kursus Teknik Bercerita dalam Bahasa Melayu (MBMMBI) perlu mencadangkan nama dan butiran peribadi penceramah jemputan yang akan membantu dalam mengendalikan kursus tersebut.
Tindakan : Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh
Pn. Maimunah binti Ahmad

6.3 Unit Peperiksaan dan Penilaian masih memerlukan khidmat para pensyarah untuk mengawas peperiksaan kerana mereka kekurangan pegawai untuk melaksanakan tugas tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.40 pagi dan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Aasr.


Dicatat oleh:                                                                                      Disahkan oleh:

(Setiausaha)                                                                                      (Ketua Jabatan)


IPG Kampus Tun Hussein Onn
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kamar Ratna
Masa : 9.00 pagi




Agenda:

1.    Ucapan Pengerusi

2.    Pengesahan minit  mesyuarat yang lepas

3.    Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lepas

4.    Agihan waktu mengajar sepenuh masa semester 2/2010

5.    Malam Apresiasi Puisi

6.    Hal-hal lain

No comments:

Post a Comment