Sunday, August 29, 2010

SIRI 2: Contoh Minit Mesyuarat

Mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Bil 5/2010

Tarikh : 2 Julai 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kamar Ratna
Kehadiran : Rujuk lampiran 1
Agenda : Rujuk lampiran 2

1.0 Ucapan pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua pensyarah yang hadir dan memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.

2.0 Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

Minit mesyuarat Jabatan Pengajian Melayu Bil 4/2010 dicadang untuk disahkan oleh En. Abdullah Ramli bin Sanusi dan disokong oleh Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh.

3.0 Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lepas

3.1 Pn. Hjh Idawati binti Moin memaklumkan bahawa beliau telah mengecap “BATAL” pada dua dokumen yang berkenaan.

3.2 Kemusykilan berkaitan gaji bagi DG44 boleh dirujuk kepada Pn Shafera Lisa bt Otoh manakala bagi DG48 pula dirujuk kepada Pn Muhayah binti Mohd Jais.

3.3 Laman sesawang jabatan masih dalam proses kemas kini.

3.4 Secara dasarnya, Unit Peperiksaan dan Penilaian (UPP) hanya mentadbir peperiksaan dan memproses markah sahaja. Manakala urusan-urusan lain seperti penggubalan dan pemurnian soalan adalah bawah tanggung jawab jabatan masing-masing.

4.0 Agihan waktu mengajar sepenuh masa semester 2/2010

4.1 Cadangan jumlah jam mengajar sepenuh masa semester 2/2010 yang terkini bagi pensyarah-pensyarah JPM adalah seperti berikut:

Tn. Hj Ahmad bin Abu : 4 jam
Tn. Hj Zaid bin Ali : 11 jam (1 jam ISL)
Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh : 12 jam
Dr. Hussin bin Sarif : 14 jam (2 jam ISL)
En. Ibrahim bin Yusof : 12 jam
En. A.Latif bin Abdullah : 8 jam
En. Ismail bin Jaafar : 8 jam
Pn. Maimunah binti Ahmad : 11 jam
Pn. Hjh Idawati binti Moin : 12 jam
En. Abd. Ramli bin Sanusi : 12 jam
Pn. Rabahyah binti Tahir : 10 jam

4.2 Baki 14 jam masa mengajar masih belum dapat dipastikan tenaga pengajarnya kerana jadual waktu bagi subjek tersebut masih belum dikeluarkan. Walau bagaimanapun semua ahli mesyuarat bersetuju untuk membantu mengajar subjek berkenaan jika ada kesesuaian dari segi jadual waktu pengajarannya.

4.3 Pensyarah-pensyarah JPM tidak terlibat dengan kegiatan persatuan (GERKO) kerana JPM tidak bertanggungjawab dengan sebarang opsyen. Pensyarah-pensyarah yang menjadi penasihat Unit Beruniform juga akan dirombak semula kerana Unit GERKO sudah mempunyai Jurulatih GERKO yang mengendalikan Unit Beruniform.

5.0 Malam Apresiasi Puisi

5.1 Perbincangan tentang pelaksanaan Malam Apresiasi Puisi berdasarkan kertas cadangan yang telah diedarkan.

5.2 Ahli mesyuarat bersetuju untuk memberikan sijil penghargaan dan penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dengan Malam Apresiasi Puisi.


6.0 Hal-hal lain

6.1 Soft copy Rancangan Semester yang sudah siap dan disahkan oleh Ketua Jabatan perlu dimasukkan ke dalam desktop JPM dan CD Rancangan Semester 2/2010.
Tindakan : Pensyarah berkenaan

6.2 Fasilitator Kursus Teknik Bercerita dalam Bahasa Melayu (MBMMBI) perlu mencadangkan nama dan butiran peribadi penceramah jemputan yang akan membantu dalam mengendalikan kursus tersebut.
Tindakan : Pn. Hjh Mazni binti Mohd Salleh
Pn. Maimunah binti Ahmad

6.3 Unit Peperiksaan dan Penilaian masih memerlukan khidmat para pensyarah untuk mengawas peperiksaan kerana mereka kekurangan pegawai untuk melaksanakan tugas tersebut.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.40 pagi dan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surah Al-Aasr.


Dicatat oleh:                                                                                      Disahkan oleh:

(Setiausaha)                                                                                      (Ketua Jabatan)


IPG Kampus Tun Hussein Onn
Tarikh : 2 Julai 2010
Tempat : Kamar Ratna
Masa : 9.00 pagi




Agenda:

1.    Ucapan Pengerusi

2.    Pengesahan minit  mesyuarat yang lepas

3.    Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat yang lepas

4.    Agihan waktu mengajar sepenuh masa semester 2/2010

5.    Malam Apresiasi Puisi

6.    Hal-hal lain

SIRI 1 : Contoh Memo Terancang


INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
KM. 7.75, JALAN KLUANG KARUNG BERKUNCI 524
83000 BATU PAHAT, JOHOR
MEMO ANTARA JABATAN / BAHAGIAN / UNIT



Kepada

Seperti yang dilampirkan

Daripada

Jabatan Pengajian Melayu

Rujukan

SF/ 203/ 08/3 ( 2 )

Tarikh

7 JULAI 2010

Perkara

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM GEMILANG CITRA IPTHO 2010

Perkara di atas dirujuk.

2.         Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tuan / puan dikehendaki menghadiri  mesyuarat tersebut mengikut butiran berikut:

                 Tarikh            :         8 Julai 2010  (Khamis)
                 Masa             :         2.30 petang
                 Tempat          :         Kamar Ratna, IPG Kampus Tun Hussein Onn

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Ucapan pengerusi
3.2 Penyelarasan aktiviti program
3.3 Perbincangan tentang pelaksanaan program
3.4 Hal-hal lain

4.         Kehadiran dan kerjasama  tuan/puan amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,



( HJ. AHMAD BIN ABU )
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu

Tajuk Projek PM3311P4

1.Rancang satu program yang akan dianjurkan oleh organisasi anda. Berdasarkan program yang ditentukan hasilkan;
1.1 satu memo terancang yang sesuai untuk mesyuarat ahli jawatankuasa,
1.2 satu minit mesyuarat program yang telah dijalankan oleh ahli jawatankuasa, dan
1.3 satu berita yang melaporkan pelaksanaan program tersebut.


2. Berdasarkan penulisan pada perkara 1, tulis sebuah rencana tentang unsur-unsur kata pinjaman yang terdapat dalam penulisan tersebut.

Rasional
1. Anda hendaklah memikirkan dan merancang sebuah program yang sesuai dijalankan sama ada di peringkat sekolah atau IPG.
2. Tugasan ini memerlukan anda bijak merancang dan menyusun sebuah program. Tugasan seperti ini biasa dan kerap dipertanggungjawabkan kepada para pendidik apabila sudah berada di dunia pendidikan.
3. Inilah sebenarnya yang cuba diterapkan kepada para pelatih agar mempunyai ketajaman fikiran dan kesediaan untuk merancang dan melaksanakan sesuatu.
4. Kesimpulan, jangan mengharapkan sesuatu tugasan yang anda biasa atau rutin. Dedahkan diri dengan sesuatu yang baru dan mencabar; dunia pendidikan sentiasa mencabar kebolehan dan kesediaan berkorban!

Penerangan dan Ulasan Tugasan
1. Kata Kunci - memo terancang, minit mesyuarat ahli jawatankuasa, berita dan rencana.
                       - program, organisasi, unsur kata pinjaman.
2. Tumpuan     - menguji pengetahuan dan kefahaman para pelatih tentang ciri-ciri, format, dan mengaplikasikannya dalam penulisan projek.
3. Hasil           - penulisan individu yang menunjukkan kemampuan para pelatih merancang dan mengendalikan suatu program.

Inilah Pendidik Masa Depan

Setiap peluang dan ruang yang diberi, gunakan sepenuhnya untuk persiapan dan persediaan diri untuk mengharungi dunia pendidikan...