Monday, August 30, 2010

SIRI 3: Contoh Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT 1
PROGRAM CITRA GEMILANG IPTHO 2010

Tarikh : 20 JULAI 2010 (SELASA)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kamar Ratna IPTHO
Kehadiran : Seperti yang dilampirkan


1.0 Kata Alu-Aluan Tuan Pengarah

1.1 Memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.
1.2 Ucapan terima kasih kehadiran pensyarah-pensyarah dalam mesyuarat ini.
1.3 Asal program ialah untuk meraikan Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin sebelum bersara.
1.4 Yang Berbahagia Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin hadir pada 3 Ogos 2010


2.0 Penerangan Program Citra Gemilang Oleh Tuan Hj. Ahmad bin Abu (Ketua Jabatan Pengajian Melayu)

2.1 Program asal ialah Apresiasi Seni dan Puisi – kerjasama antara Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Kajian Sosial. Bersempena kehadiran Dato’ Asariah – program diperluas dan disertai oleh kebanyakan Jabatan di IPTHO.

2.2 Tumpuan pameran ialah menunjukkan kejayaan mengendalikan kursus MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris). Jabatan Bahasa (Unit Bahasa Inggeris) IPTHO merupakan jabatan yang pertama menyelesaikan kursus-kursus MBI seluruh IPG di Malaysia, manakala JPM akan menyelesaikan kursus MBM pada 4-6 Ogos 2010.


2.3 Kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Asariah untuk merasmikan pintu gerbang dan Dewan Seri Budiman IPTHO.

2.4 Pelaksanaan Program:

2.4.1 28 JULAI 2010 – program Perbengkelan Puisi Tradisional dan Moden anjuran bersama JPM, Dewan Bahasa dan Pustaka (selatan) dan Persatuan Penulis Johor (PPJ).

2.4.2 Menjelaskan perjalanan program Citra Gemilang IPTHO 2010

2.4.3 Pada 3 Ogos 2010:
Perasmian Pintu Gerbang
- Dijangka tiba pada 10.00 pagi
- Disambut dengan bunga manggar
- Pelajar yang dipilih
- Dato’ Asariah menandatangani plak perasmian pintu gerbang
- Bacaan Doa

- Dato’ Asariah ke pejabat Tuan Pengarah untuk minum pagi dan menandatangani
buku lawatan.

Perasmian Dewan Sri Budiman
- Dato’ Asariah akan ke Dewan Sri Budiman diiringi Tuan Pengarah, Timbalan Tuan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan disertai dengan pasukan kompang.
- Depan dewan persembahan tarian zapin yang akan dikendalikan oleh Puan Zaharah
- Dato’Asariah menandatangani plak perasmian dewan
- Doa

Aturcara Dalam Dewan Sri Budiman

- Dato’Asariah, Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah duduk di bawah menyaksikan persembahan
- Nyanyian lagu IPTHO
- Doa
- 3 persembahan – Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Bahasa dan lagu-lagu puisi dipimpin oleh Encik Ismail Mansor
- Ucapan Tuan Pengarah
- Ucapan Yang Berbahagia Dato’ Asariah
- Pemberian cenderamata kepada Dato’ Asariah
- Lagu Negaraku

Rehat Tengah hari –
- Makan tengah hari di Kamar Ratna

(2.00 – 3.00 petang)
- Lawatan pameran di Pusat Sumber
- Pameran disertai oleh Jabatan Pengajian Melayu dan Jabatan Bahasa
(MBMMBI), Jabatan Kajian Sosial, Pusat Sumber, Jabatan Teknologi Maklumat,
Jabatan Agama Islam dan Moral, Jabatan Kemahiran Hidup dan Jabatan Ilmu
Pendidikan.

- Dijangka pulang pada pukul 3.00 petang

2.4.4 Malam 3 Ogos 2010

- Diadakan Malam Apresiasi Puisi yang turut disertai deklamasi puisi oleh Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah

2.4.5 Tuan Hj. Ahmad bin Abu membuka kepada yang hadir untuk perbincangan.


3.0 Perbincangan Program Citra Gemilang IPTHO 2010

3.1 En. Razali bin Mohamad
- Perasmian Digital Library semasa lawatan Dato’Asariah ke pusat sumber.

3.2 Ustaz Zainuddin bin Abdul Hamid
- Pameran JAPIM – Sejarah Al-Quran dan sejarah perkembangan Al-Quran, seni khat,
klinik Al-Fatihah di Masjid

3.3 Ketetapan Tempat Pameran:
- MBMMBI – Pusat Sumber
- Perasmian Digital Library oleh Yang Berbahagia Dato’ Asariah binti Mior Shahruddin
- Jabatan Teknologi Maklumat – Pusat Sumber (bahagian depan)
- Jabatan Pengajian Islam dan Moral – masjid
- Jabatan Kajian Sosial – di jabatan sendiri
- Pemulihan Khas – di bangunan sendiri.


7.4 Tn.Hj. Nasaruddin
- Cadangan : melanjutkan program hingga 5 Ogos 2010
- Dipersetujui semua yang hadir.

3.5 En.Abd.Raof Ibrahim
- Mengharapkan pergerakan Dato’ Asariah diperhalusi semula agar perjalanan program 3
Ogos berjalan lancar.

3.6 En. Rousliluddin Ambia
- Memperluas program dengan menjemput beberapa sekolah dalam program Citra
Gemilang IPTHO 2010
- Dipersetujui oleh mesyuarat
- Menambah AJK Sambutan dan Jemputan

3.7 Semua urusan agihan pelajar dalam program ini hendaklah dirujuk kepada En. Abd.Raof
Ibrahim

3.8 Ustaz Zainuddin Abd.Hamid
- Mohon papan pameran (display board) untuk pameran JAPIM
- Keputusan mesyuarat : JAPIM boleh menggunakan papan pameran (display board)
Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan(R&D)

3.9 Tn.Hj. Ahmad bin Abu
- Kudapan : Tetamu Kehormat (Dato’ Asariah) di pejabat Tuan Pengarah
- Jamuan Tengah hari di Kamar Ratna – Yang berbahagia Dato’ Asariah, Tuan Pengarah,
Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Unit.
- Persiapan jamuan diketuai oleh Puan Fuziah binti Ishak
- Peralatan dan set makan: Jabatan Kemahiran Hidup
- Jangkaan jemputan: 22 tetamu
- Minum petang: Di Kamar Ratna

3.10 Sidang media dan Publisiti
- Dr Rafiah binti Abd.Rahman akan merujuk semula kepada Dato’ Asariah untuk
persetujuan.

3.11 Tn.Hj. Jamel bin Hj.Ismail
- Mewujudkan Ahli Jawatankuasa kawalan lalu lintas dan keselamatan.
- Dipersetujui oleh mesyuarat

3.12 Pembentangan senarai nama Ahli Jawatankuasa oleh Tuan Hj.Ahmad bin Abu
- Dipersetujui dengan beberapa perubahan akan dibuat.
- Dibentangkan semula semasa mesyuarat kali ke-2 pada 26 Julai 2010.

7.13 Dr. Rafiah binti Abd.Rahman
- pemberian cendera mata MBI kepada Yang Berbahagia Dato’ Asariah semasa lawatan ke
pameran MBMMBI


4.0 Hal-hal Lain

4.1 Surat rasmi jemputan Yang Berbahagia Dato’ Asariah binti Mior Shaharuddin
- Tindakan: Penyelaras Program dan Setiausaha

4.2 Surat Pemakluman dan Lantikan Ahli Jawatankuasa
- Tindakan: Penyelaras Program dan Setiausaha

4.3 Raptai
- Ditetapkan pada pagi 2 Ogos 2010
- Petang : persiapan dan lawatan tapak pameran oleh Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

4.4 Tuan Pengarah
- Tuan pengarah meminta cadangan penetapan nama pintu gerbang.
- Keputusan mesyuarat : Gerbang IPTHO

4.5 Tuan Pengarah
- Pemberitahuan keputusan mesyuarat M3P: Sumbangan daripada pensyarah gred DG48
dan DG52 sebanyak RM 50 untuk menampung kewangan bagi melaksanakan aktiviti
sepanjang tahun IPTHO.
- Diuruskan oleh Tuan Timbalan Pengarah

4.6 Mesyuarat ke-2 akan diadakan pada 26 Julai 2010 (Isnin) pada pukul 9.00 pagi.
4.7 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih Kafarah dan Surat Al-Asr.


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi



Disediakan oleh;                                                                       Disahkan oleh;



(ABDULLAH RAMLI BIN SANUSI)                                     (TN.HJ. AHMAD BIN ABU)
Setiausaha,                                                                               Ketua Penyelaras,
Program Citra Gemilang IPTHO 2010                                      Program Citra Gemilang IPTHO 2010
  




LAMPIRAN 1


KEHADIRAN MESYUARAT 1 PROGRAM CITRA GEMILANG IPTHO 2010

1. TUAN HJ. A.AZIZ BIN ABU BAKAR (TUAN PENGARAH)
2. ENCIKMOHAMAD RAHMAT BIN MD.YASIN (TUAN TIMBALAN PENGARAH)
3. EN.ZAKARIA BIN MOHAMED NOR
4. EN. KOH KOK HWEE
5. TN.HJ.MD.TASLIM BIN ABD.RAHIM
6. EN.ABD.RAOF BIN IBRAHIM
7. TN.HJ. AHMAD BIN ABU
8. DR.RAFIAH BINTI ABDUL RAHMAN
9. PN.HJH.MAZNI BINTI MOHD.SALLEH
10. EN.HAMDAN BIN MAHFOH
11. PN. FAUZIAH BINTI ISHAK
12. EN. MOHD.HUSIN BIN MOHD.TAP
13. EN.WAGIMAN BIN JEMAAT
14. USTAZ ZAINUDDIN BIN ABD.HAMID
15. EN.VIJAYAN A/L PERIASAMY
16. PN. KHARSHIAH BINTI KHALID
17. PN. NOR HIDA BINTI IBRAHIM
18. EN.RAZALI BIN MOHAMMAD
19. TN.HJ. MOHD.JAMEL BIN HJ. ISMAIL
20. TN.HJ.ROSELI BIN MOHD. TAN
21. EN. ROUSLILUDDIN BIN AMBIA
22. EN.ABDULLAH RAMLI BIN SANUSI



AGENDA MESYUARAT 1

1. UCAPAN ALU-ALUAN TUAN PENGARAH
2. PENERANGAN PELAKSANAAN PROGRAM CITRA GEMILANG IPTHO 2010
3. PELAKSANAAN DAN PENETAPAN AKTIVITI PROGRAM CITRA GEMILANG IPTHO 2010
4. HAL-HAL LAIN

No comments:

Post a Comment